KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan kerajaan akan mengumumkan arahan dasar dwirangkaian 5G pada suku kedua (S2) tahun ini.
Dalam nota penyelidikannya pada Khamis, firma itu berkata pengumuman itu dijangka menjelaskan kepentingan ekuiti akhir bagi setiap syarikat telekomunikasi (telco) sama ada dalam entiti A atau B.
"Sebagai ringkasannya, entiti ini akan ditubuhkan sebagai sebahagian peralihan Malaysia daripada model rangkaian borong tunggal kepada model dwirangkaian 5G," katanya.
Kenanga IB berkata entiti A akan mengambil alih kawalan rangkaian 5G pertama sedia ada yang dimiliki oleh Digital Nasional Bhd (DNB), manakala entiti B akan membangunkan rangkaian 5G kedua yang baharu.
"Pada Disember 2023, pemain-pemain telco utama seperti Celcomdigi, Maxis, Telekom Malaysia, YTL Power dan U Mobile telah memeterai perjanjian langganan saham (SSA) bersyarat dengan Kementerian Kewangan dan DNB.
"Perjanjian ini disasarkan untuk selesai menjelang April 2024, yang akan menyebabkan syarikat-syarikat telekomunikasi secara kolektif memiliki 70 peratus kepentingan dalam DNB," katanya.
Sementara itu, Kenanga IB menjangkakan pengewangan 5G akan memberikan sokongan kepada trend purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) yang lemah.
"Pada masa hadapan, memandangkan penyedia perkhidmatan mudah alih kini perlu membayar caj akses 5G, kami percaya mereka sedang mencari cara untuk mengewangkan 5G.
"Sebelum ini pihak yang mendapatkan akses 5G dikehendaki membayar bayaran kapasiti sasaran sebanyak RM288 juta setahun, dan RM360 juta setiap tahun dalam kes Maxis kepada DNB," katanya.
Sebaliknya, Kenanga IB berkata bahawa keperluan kawal selia akan menghalang syarikat telekomunikasi daripada mengenakan caj akses tambahan untuk perkhidmatan 5G.
"Oleh itu, pemain-pemain mudah alih telah mengubah suai rancangan 5G mereka untuk memperoleh ARPU yang lebih tinggi daripada pelanggan runcit bernilai tinggi dengan kapasiti perbelanjaan yang kukuh.
"Kami optimis tentang pemulihan ARPU atau sekurang-kurangnya ARPU stabil pada 2024, berikutan prestasi lemah pada 2023, terutamanya dalam segmen pascabayar yang sebahagian besarnya memenuhi keperluan pelanggan mewah yang mampu memperoleh ARPU yang lebih tinggi," katanya.
Kenanga IB menyatakan bahawa pelabur kurang berhati-hati terhadap 5G memandangkan peluang pengewangan daripada perusahaan dan pelanggan bernilai tinggi akan berlaku dalam masa terdekat.
"Selain itu, pelabur optimis bahawa pendapatan dan dividen untuk pemain-pemain telekomunikasi akan kekal utuh memandangkan persekitaran kawal selia yang lebih sederhana dan akomodatif," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "overweight" terhadap sektor telekomunikasi dengan pilihan utama mereka ialah Telekom Malaysia dan Celcomdigi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Kenanga IB berkata entiti A akan mengambil alih kawalan rangkaian 5G pertama sedia ada yang dimiliki oleh DNB, manakala entiti B akan membangunkan rangkaian 5G kedua yang baharu.
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
Beberapa pengumuman penting mengenai 5G akan diumum hujung April atau awal Mei - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa pengumuman penting mengenai rangkaian 5G dijangka diumumkan pada hujung bulan ini atau awal Mei.
Saham Maxis dinaik taraf kepada 'beli' - Penganalisis
Kebimbangan mengenai penglibatan Maxis Bhd dalam pelancaran rangkaian 5G mungkin diperbesar-besarkan, kata CIMB Securities.
Kenanga IB menjangkakan dasaar dwirangkaian 5G diumum pada suku kedua
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan kerajaan akan mengumumkan arahan dasar dwirangkaian 5G pada suku kedua (S2) tahun ini.
Malaysia terus menerajui prestasi rangkaian 5G di Asia Tenggara - Ookla
Malaysia terus mendahului di Asia Tenggara dari segi prestasi rangkaian 5G, dengan kelajuan muat turun median 5G negara berada pada paras 451.79 megabait sesaat (Mbps).
5G tingkatkan rawatan, keupayaan pembelajaran di hospital - Fahmi
Idea untuk memiliki hospital yang dilengkapi kemudahan rangkaian bersepadu 5G dan teknologi barunya, adalah aspek yang boleh dimanfaatkan Malaysia.
Kadar penggunaan 5G cecah 29.9 peratus, negara di landasan tepat - Fahmi
Peningkatan kadar berkenaan adalah signifikan, berbanding hanya 12.5 peratus penggunaan pada November tahun lalu.
Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus - Fahmi
Capaian perkhidmatan rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.